Sunday, November 23, 2008

PUSAT BIMBINGAN ASAS KEFAHAMAN ISLAM SAHABAT (PBAKIS)

PBAKIS juga dikenali sebagai Kelas Bimbingan Teratak Fitrah, terletak di Madrasah Islamiyyah Masjid Negeri Sabah berhampiran dengan Wisma Muis, Kota Kinabalu. Pengajian adalah percuma dan dijalankan selama tiga tahun.

Buat masa ini, PBAKIS digerakkan oleh 11 orang Majlis Tertinggi SAHABAT, lebih daripada 20 orang tenaga pengajar (ustaz/ustazah) dan mempunyai lebih daripada 120 orang pelajar. Terdapat 6 kelas bimbingan termasuk kelas solat (lelaki & perempuan), kelas pasca solat, tahap I, tahap II, tahap III.

Modul pengajaran di pusat ini disediakan oleh JHEAINS. Kelas Bimbingan Teratak Fitrah akan berjalan pada setiap hari Sabtu, aturcara bermula pada jam 8.00pagi hingga 9.30pagi bagi sesi kelas solat, pengajian Iqra' dan Al-Quran. 9.30pagi hingga 10.30pagi akan diadakan kuliah feqah (peraturan Islam), dan rehat pada jam 10.30pagi hingga 11.00pagi. 11.00pagi hingga 12.00 tengahari kelas diteruskan dengan kuliah tauhid (pengukuhan aqidah).

Di samping subjek asas Islam, pelajar juga didedahkan dengan subjek-subjek kontemporari seperti pidato dakwah, ceramah bulanan, mini forum, pembacaan terjemahan Al-Quran, sejarah Islam, isu-isu semasa dan lain-lain. Kita mengharapkan suatu hari nanti, para pelajar dapat memberi perkhidmatan kepada mualaf seluruh Sabah (24 daerah)

No comments: